PERKHIDMATAN

Peranan Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni

  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan psikologikal dan kaunseling kepada pelajar dan kakitangan universiti;
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang tersusun dan terlatih untuk pelajar dan kakitangan;
  • Merancang dan melaksanakan program-program bimbingan dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa;
  • Meningkatkan nilai diri golongan pelajar melalui kaedah tambah nilai dan potensi pelajar melalui soft skill dan hard skill;
  • Membangunkan tahap SQ, IQ dan EQ ke tahap yang loebih baik di kalangan pelajar; dan
  • Menyediakan para graduan yang mampu bersaing di pasaran pekerjaan yang global.
Perkhidmatan Kaunseling
  • Proses perhubungan atau interaksi yang professional untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlansdaskan etika kaunseling.
  • Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek berikut:-
    1. Pembangunan
    2. Pencegahan
    3. Pemulihan

Objektif Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk :
  1. Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
  2. Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.
  3. Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.
  4. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.
  5. Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.
  6. Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
  7. Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
  8. Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  1. Kaunseling Individu
  2. Kaunseling Kelompok
  3. Program Bimbingan Pembangunan Kerjaya.
  4. Program dan Rundingan Akademik.
  5. Khidmat Peer Leaders (PRS).
  6. Klinik Kaunseling
    • Ujian Personaliti Kerjaya Holland
    • Ujian Minat Kerjaya SDS
    • Inventori Personaliti Sidek (IPS)
    • Inventori Personaliti Warna (IPW)
    • Inventori Gaya Bercinta (IGB)
    • Ujian Dass (Tekanan, Kemurungan, Kebimbangan)