FAQ

Siapakah Kaunselor


  • Kaunselor adalah individu yang profesional mempunya kelayakan akademik dalam bidang kaunseling dan psikologi dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
  • Kaunselor akan membantu anda secara profesional di dalam sesi kaunselibng dan diiktiraf oleh JPA mengikut Akta kaunselor 1998 (AKTA 580)


Bolehkah Kaunselor Dipercayai

  • YA! Anda boleh mempercayai kaunselor kerana kaunselor berpegang kepada ETIKA KERAHSIAAN yang termaktub didalam peraturan-peraturan Kaunselor (Kelakuan dan Tatatertib 1999 & Akta Kaunselor 1998). Segala maklumat adalah rahsia kecuali isu yang melibatkan undang-undang dan kebaikan bersama.


Apakah Faedah Kaunseling Kepada Anda

1) Kaunseling membantu anda jika anda : 

  • Rasa bimbang @ Gelisah
  • Tertekan
  • Sedih
  • Kecewa
  • Marah
  • Putus Asa
  • Buntu
  • Ingin Kongsikan Sesuatu
2) Anda akan rasa didengari, dihargai dan selesa dengan sesi kaunseling kerana kaunselor tidak akan sesekali membuat penilaian ke atas diri anda mahupun isu yang dibawa.

3) Anda akan rasa tenang selepas sesi kaunseling, anda akan mendapat celik akal tentang isu yang dihadapi.

4) Anda mampu membuat keputusan dengan lebih baik/bijak.

5) Anda mampu kenal pasti isu-isu sebenar yang membawa masalah kepada anda dan cara menanganinya.

6) Kaunseling menawarkan peluang dan runag untuk menjalani kehidupan yang selesa dan produktif.


Apakah Matlamat Kaunseling Untuk Anda

1) Memudahkan perubahan individu.

2) Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.

3) Membantu keberkesanan klien mengurus diri.

4) Menggalak proses membuat keputusan.

5)  Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.


Apakah Isu Yang Dibawa Kepada Kaunselor


  • Perhubungan Sosial
  • Akademik dan Pembelajaran
  • Interpersonal / Diri Sendiri
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Masa
  • Pemilihan dan Pembangunan Kerjaya
  • Pengurusan dan Motivasi Diri
  • Isu yang berkaitan dengan dunia kemahasiswaan